|
04/01/2012

SHAH ALAM 4 JAN : Masalah sampah di Selangor boleh diselesaikan di dalam masa 48 jam apabila talian hotline khas untuk kutipan sampah siap dibangunkan pada akhir bulan ini.
Talian bebas tol membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama meliatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.
Menerusi satu kenyataan media Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.
"Aduan-aduan yang dibuat oleh rakyat akan direkodkan dan setiap PBT perlu bertindak terhadap aduan-aduan ini selewat-lewatnya dalam tempoh 48 jam bermula dari masa aduan itu diterima oleh PBT yang terlibat," kata Menteri Besar.
Menurut Menteri Besar apabila pusat aduan ini beroperasi nanti, PBT akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima.
Maklumat berkenaan berapa jumlah aduan yang berjaya diselesaikan serta tempoh masa yang diambil oleh PBT untuk menyelesaikan aduan-aduan tersebut.
Dengan maklumat yang diperolehi, PBT akan menggunakan semua maklumat ini untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.
Langkah ini juga kata Menteri Besar, membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkenaan perbuatan khianat terhadap urusan sampah di negeri ini.

'Kerajaan Negeri juga mempunyai alasan yang mencukupi untuk mempercayai bahawa wujud elemen khianat ini.
"Kami juga akan mencadangkan kepada PBT untuk memberi imbuhan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini," katanya lagi.
"Kami juga akan mencadangkan kepada PBT untuk memberi imbuhan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini," katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment