Tuesday, August 30, 2011

Raya di Shah Alam 1432 - 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Tahun ini kita raya di Shah Alam, tak balik KT, kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi kita usahalah untuk mengadakan suasana yang menarik untuk anak-anak supaya tak rasa janggal kerana tak balik kampung. Pasang pelita depan belakang (maklumlah duduk rumah teres tak ada tepi, dinding ... kongsi), tapi mak datuk minyak tanah punyalah mahal, 500ml ... RM3.50, jadinya ... 1 litre RM7.00. tapi yang jual ada satu kedai, lain tak jumpa lagi. Lampu lip lak (kelang klip) tahun lepas masih ada lagi.

Nak makan ketupat tradisional yang dianyam dengan daun kelapa muda tak kesampaian lagi setakat pagi ni. Minggu lepas tanya seikat daun kelapa muda RM6.00,ketupat yang dah dianyam RM6.00, semalam daun aje dah naik RM10.00, ketupat yang dah dianyam RM7.00. Maknanya kelongsong kosong satu 0.70sen. Maka kita makan ketupat plastik lah. Cekik darah betul, agak nya untung banyak atau ... rugi kena buang bila orang tak beli. Tapi itu harga di Pasar Besar Klang, kat Shah Alam tak check pun.

Menu raya kita, Daging Masak Pelembang, kuah kacang dan ketupat plastik (nasi empit). Esok insyaallah Nasi Minyak dengan gulai kambing.

Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah penuh sesak dengan berbagai warga yang beraya di Shah Alam. Tapi ... yang sedihnya, mereka yang 'Parking' tak tentu arah, dah lah datang lambat, main suka aje blok kereta orang lain, dah tu lambat pula keluar, dah lah orang kena tunggu, dan ada yang kena jadi 'Traffic Polis' pula. Kena sabar lah.

Apa pun kita berusaha untuk meraikan Raya ni, jangan OVER dah lah.

0 comments: