Masuk aje bulan Ramadhan, yang fakih tentang agama akan berusaha untuk memperbanyakkan ibadah dan amal soleh. Masjid pun ramai juga yang datang, dapat makan free juga, dan belah petang siap dapat bubur lambuk lagi.
Tapi ... yang ramai akan memikirkan apa nak masak, apa nak makan bila buka nanti. Selain dari itu, nak cari makanan yang berjenis-jenis dan yang tak pernah tengok pun ada.
Ialah ... ada berapa banyak orang yang dah jadi Peniaga Mi Segera, dengan juadah yang pelbagai, berniaga di depan rumah ataupun di bazar Ramadhan yang disediakan oleh PBT di seluruh daerah dan negeri. Tapi tak pa, peluang mencari rezeki, kalau ia membantu keluarga menjelang raya nanti kan bagus juga, nak harap orang bagi jauh sekali.
Harapan kita, bila berniaga tu, biar sedap tau, jangan main hantam aje, selain itu jagalah kebersihan dan kesucian. Kalau orang suka, rezeki anda bertambah.
Selain dari membeli di bazar dan makan dirumah, Restoran dan Hotel punyalah banyak 'offer' berbuka puasa, dari puluhan ringgit ke ratusan ringgit. Hai seronoknya cari makan, tapi dengar cerita pembaziran pun terlebih banyak, sampaikan ada cerita yang mengaitkan dengan lebih banyak sampah-sampah lebihan makanan dari bulan-bulan biasa,
Akhirkata ... nak makan, nak berbelanja, nak beramal nak untung, berpada-pada lah, kalau tidak sendiri rugi, sendiri tanggung lah.
Nak gi bazar mana petang ni ... Seksyen 20, Seksyen 3 dah pergi, yang lain nak cuba pula lah, dah kena air tebu dua kali, kang terlebih ... ada yang sangkut dengan kencing manis cam mana ???
0 comments:
Post a Comment