Monday, June 27, 2011

Pesta Buku Negeri Selangor 2011

24hb Jun - 3hb Julai 2011
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)

Inisiatif menarik ... tetapi bagaimana ia dapat di manafaatkan oleh orang ramai? Kalaulah hanya dari susut komersil, berapa banyak buku yang terjual dan adakah ia menguntungkan mereka yang mengambil bahagian? Adakah analisa dari sudut pembaca, bertambahkah orang yang ingin membaca?

Kalau di lihat dari aturcara tidaklah berapa menarik. Kalau harga pula macammana, lebih murah dari biasa atau dikedai biasa ke?

Lokasinya ... mudah tak nak sampai untuk orang ramai?


Apa juga persoalan yang timbul, yang penting ialah bagaimana Pesta ini boleh diangkat ketahap yang lebih tinggi dan bertaraf antarabangsa.

Sekalung tahniah untuk penganjur, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dan apa juga tahap kejayaan pesta ini, kita mengharapkan agar ia menjadi lebih menarik untuk dikunjungi pada masa depan.

Terlanjur bercerita tentang PPAS ni, buat masa sekarang, Perpustakaan Raja Tun Uda yang bersebelahan dengan Muzium sedang dalam proses perpindahan dari lokasi sekarang di Persiaran Bandaraya ke Seksyen 13. Lokasi baru yang dipilih ini, sangatlah tidak bersesuaian bagi orang ramai kerana untuk sampai kesana sangat tidak praktikal.

Siapa lah punya idea ni ???

0 comments: