Khusrin akan ikut semua arahan MB.
Datuk Mohd Khusrin Munawi, berkata beliau akan mengikut segala arahan dan bidang tugas yang ditetapkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sambil berharap kontroversi di antara beliau dan Abdul Khalid tidak dipanjangkan, beliau berkata harapannya ketika ini adalah untuk menjalankantugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
Tapi ... Ada pula seorang Pakar Undang-undang ni kata :
Selangor tak boleh sekat hadiri mesyuarat.
Kes ni dah berpanjangan pun, kalau dulu lagi, "semua" yang terbabit dan yang tak terbabit (kaki sibuk) mengikut peraturan dengan sempurna, perkara sebegini tak akan berlaku. Ini tak, ada cara yang sempurna, tak ikut, cuba pula cilok sana cilok sini.
Sekarang, biarlah Tan Sri MB, tadbir Negeri Selangor ikut cara dia, dan SUK Datu Khusrin jalankan tugas yang diamanahkan mengikut lunas-lunas Undang-undang tubuh Negeri Selangor yang berdaulat ini. Kalau tak puas hati, nanti pilih lah orang lain, sekiranya dia lebih baik dari yang ada sekarang.

Rakyat tukar dulu pun sebab meluat. Takkan masih tak faham kot.
Oh ya, Datuk Khusrin siap ucap terima kasih pada Berita Harian.
"Terima kasih Berita Harian sebab sering beri publisiti besar-besaran
kepada saya dan hari ini (semalam) pun wajah saya terpampang di muka depan
Berita Harian sampai malu saya sebab semua orang sudah kenal.
Cukuplah publisiti yang saya dapat selama ini dan biarlah saya buat kerja dulu.
Menteri Besar pun beri banyak kerja dan semuanya kerja yang penting."

***
Saya terpandang dalam majlis Sultan Selangor yang lepas dimana Datuk Khushrin berusaha bersalaman dengan Tan Sri MB, sungguh mengharukan.
0 comments:
Post a Comment