PDRM Selangor akan turun padang, dan jangan panik kalau ada Pegawai PDRM ketuk pintu rumah anda. Ini dah kira bagus, kerana kita pernah mencadangkan konsep "Neighbourhood Watch", dimana pegawai Polis meronda serta bermesra dengan penduduk setempat bagi membenteras jenayah secara berterusan.
Untuk permulaan, mereka akan memberi kad nama yang mana tertera nama pegawai yang boleh di hubungi bagi kawasan tertentu sekiranya masyarakat memerlukan bantuan. Ini adalah salah satu inisiatif Ketua Polis Selangor yang baru Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Tapi ...
Ada berberapa kejadian yang terjadi di Shah alam ni yang merunsingkan, di mana seorang kenalan saya "menyerahkan wang" yang baru dikeluarkan dari ATM di CIMB, Cawangan Bangunan UMNO Selangor tanpa dia sedari. Macam "kena pukau" aje cerita nya, tak tahu lah dia ada buat repot polis ke tidak.
dan ...
satu lagi tentang ada seorang kawan anak saudara yang "kena rompak" (laptop & wang) dengan parang di Restoran Makan Segera di Seksyen 3, dulu ada dengar kes sebegini di Restoran Makanan Segera di Seksyen 13.
Kes sebeginilah yang kita tak nak dengar dan tak nak terjadi, menyusahkan serta membahayakan keluarga kita aje. Kalau tak dibendung, susah nanti.
Satu perkara, kita syorkan supaya semua lebih berhati-hati lagi.

0 comments:
Post a Comment