Thursday, December 30, 2010

Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam

Rabu semalam (29hb Disember 2010), pergi ke TTS7, untuk 'morning walk' bersama keluarga. Sejak mula beroperasi dengan berberapa fasiliti yang disediakan oleh MBSA, itu lah kali pertama. Menarik juga, ada Gymnasium Terbuka, Tempat BBQ, Ruang Reflexologi, Trek Berjaln mengelilingi Tasik, Tempat Permainan Anak-Anak.
.
Tapi disekeliling tasik tu kotor, dan bahagian tertentu parit dan terusan kotor, dengan sampah. Nampak adalah orang yang membersihkan persekitaran dan memotong rumput, tapi tak nampak langsung usaha kearah tu buat sekita rasanya, entah bila agaknya jangka waktu pembersihan. Nak kena buat aduan kat e aduan lah ni. Kalau diadakan gotong royong berkala bagus juga kan, kita usahakan sama-sama, MBSA, AlamFlora dan komuniti disekitar serta penguna TTS7 sekali, kita picnic lepas tu, atau BBQ, mesti bestnya.
.
Tak kan kita nak setuju dengan kata-kata "Pak Lah, PM ke5", first class facility, 3rd class mentality", bila lah nak berubah ???
.
Resolusi tahun baru kot ... Tahun 2011 hanya sehari aje lagi, kita usahakan ... OK

3 comments:

remgold said...

nak jadi umat pembersih bukan payah - setiap sampah yg kita ada, jika tak ada tong sampah, simpan dlm poket atau beg yg dibawa.
itulah yg selalu saya buat.
jika tisu paper ada hingus atau sampah makanan, masukkan dlm plastik dan cepat2 cari tong sampah.
tak payah pun nak buat gitu. jika semua orang lakukan begitu, maka bersihlah negara.

sebaliknya jika orang itu ada sampah, dan dia nampak ada orang yang sudah pun membuang sampah di tempat itu, gerenti dia akan turut membuang. menggandakan masalah.

kan kebersihan itu sebahagian drpd iman?

d'enricher said...

Remgold,

satu cara yang sangat mudah dan boleh terus dilaksanakan, insyaallah kita mula terus esok, tak payah tunggu new year.

Dark_Decade said...

Betulke kat tasik tue leh wat bbq? Coz aku ingat nak wat kat situ tapi takut kena saman plak nnti... huhuhu