Saturday, November 27, 2010

Terminal Bas atau Pengangkutan Awam yang Efektif ???

Pengangkutan Awam yang efektif masih lagi belum dapat kita capai, itu pandangan yang dirasakan paling tepat. Baik di Shah Alam, mahu pun di Bandar-bandar besar yang lain seperti Kuala lumpur, Georgetown dan selainnya. Kenapa ini berlaku?

Diantara berberapa perkara yang perlu diambil perhatian ialah :-

1. Apa matlamat utama Pengangkutan Awam?

Sekiranya ia bermatlamat untuk mempermudahkan orang awam sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat dan tepat serta murah, maka pemerintah perlu menjadi pengerak utama, kerana kos yang tinggi diperlukan.

2. Kenapa perlu Pengangkutan Awam?

Bukan semua mampu memiliki kenderaan sendiri, baik motosikal, kereta, van, MPV dan sebagainya. Lagipun kalau semuanya mampu pula, maka jalanraya akan bertambah sesak, lebih banyak perlu dibina, dan yang paling penting kemalangan akan meningkat, kerana sekarang pun dah banyak kemalangan. Parking pun kena buat banyak lagi.

3. Pengangkutan Awam yang macammana kita perlu ada?

Kita perlukan sistem pengangkutan awam yang "integrated", maknanya ... bas, teksi, komuter, LRT, Kapal Terbang dan Kapal Laut mudah untuk orang awam, yang mendapat keutamaan dijalan raya. Yang selesa dan mudah.

4. Adakah sistem sebegini di dunia?

Kebanyakkan negara maju mempunyai sistem sebegini, tapi pengalaman sendiri lebih 30 tahun yang lalu mengatakan bahawa Toronto Transit Commission (TTC) dah berkesan dah. Sekarang tak tahu lah, tapi kalau sistemnya dah sebagus itu, masa bas samapai tepat sampai ke minitnya, apa yang tak berkesannya. Ada satu aje, diaorang ada mogok bila minta gaji naik tak dapat. Masa tu haru la sikit, pasal tak bergerak, tapi tak la selalu.

5. Soalnya, kita ni serious ke tentang Pengangkutan Awam ni?

Buat masa ni rasanya lebih kepada siapa boss, dan siapa yang boleh untung dari projek ni, itu yang lebih difikirkan dan bukannya kemudahan pengangkutan awam untuk rakyat. Masa nak naikkan harga minyak dan duit subsidi nak tarik dulu kata untuk pengangkutan awam, ia ke?

6. Shah Alam nak buat Terminal Bas baru, perlu ke?

Kalau ia boleh memudahkan pergerakan menyeluruh, dan memudahkan kenapa tidak. Ada tulisan dari MP Shah Alam di sini. Rasanya kat Shah Alam ni nak adakan Sistem Pengangkutan Awam yang efektif tak lah susah sangat, kita gunakan prasarana yang sedia ada dan mantapkan operasinya saja. Kita tubuhkan Shah Alam Transit Commission atau Lembaga Transit Shah Alam. Ahli Lembaganya, ada dari Persekutuan, Negeri dan MBSA. Ia perlu dijayakan sebagai satu entiti yang "People Friendly". "Breakeven" pun tak pa, tapi efektif.

1 comments:

remgold said...

macam banyak isu lain, nanti dah cantik nak baiki pengangkutan awam ni, ada pulak politik dan politikus masuk dan cemarkan rancangan.
walhal shah alam ni tak besar mana jika nak buat public transport yg lebih baik.