Friday, November 19, 2010

Cadangan untuk MBSA

Kalau New York di kenali sebagai Big Apple, kita boleh dikenali sebagai Orchid Central ...


Memandangkan bahawa Shah Alam telah diperkenalkan sebagai Bandaraya Anggerik sejak sekian lama, kita perlu mengambil lebih banyak inisiatif, bagi menzahirkan lagi Orkid atau Anggerik secara lebih agresif supaya ia dapat dimanafaatkan secara lebih menyeluruh.

Usaha ini memerlukan perancangan yang meyeluruh, tetapi perlu dijalankan dengan sokongan padu dari PBT iaitu MBSA dan Kerajaan Negeri. Telah banyak di perkatakan tentang perkara ini sejak dahulu, malangnya secara mata kasar, tiada apa yang benar-benar nyata.

Malangnya nak cari ikon orkid Shah Alam pun susah, yang ada seperti dalam Laman Web MBSA ini aje la.

Renantanda Shah Alam

Shah Alam terkenal sebagai bandaraya anggerik. Renantanda Shah Alam lahir pada tahun 1986 hasil dari kacukan Renanthere Kalsom dan Vanda Penang.

Bunga ini mula mengeluarkan bunga pada tahun 1990 dan didaftarkan di Queen Elizabeth Botanical Garden, London.

MBSA bergiat aktif di dalam aktiviti anggerik mulai tahun 1990 dengan menganjurkan Festival Anggerik Antarabangsa setiap tahun.

Pada 24 April hingga 2 Mei 2002, Kerajaan Negeri Selangor melalui MBSA diberi penghormatan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Anggerik Sedunia ke-17 (17th. World Orchid Conference 2002).

Persidangan tiga tahun sekali ini, menjadi lokasi pertemuan hampir 2,000 delegasi yang terlibat di dalam industri anggerik seluruh dunia.


Usaha ini perlu menjadi projek komuniti dimana setiap seksyen bermula dari Seksyen 1 sehingga Seksyen U20 dalam Zon MPP tertentu terbabit. Walaupun akhirnya perlu menukar papan tanda jalan dan alamat keseluruhan, ia boleh dijalankan secara berperingkat bila perlu mengikut keperluan bila mana sesuatu itu lusuh, buruk atau habis.

Kita tidak mahu menjadikan projek yang akan menguntungkan segelintir individu yang merasakan akan ada peluang mengisi poket masing-masing. Setiap sen yang dibelanjakan perlu diteliti supaya tak jadilah macam kes-kes yang terdahulu.

Setiap seksyen yang sekarang ni sungguh membosankan, walaupun nama-nama tertentu pada jalan, ia boleh di ubah dengan Genus Orkid tertentu. Ni seksyen 2 - nama pokok bunga, seksyen 3 - pokok kayu, seksyen 24 -dulu nama pulau sekarang nama sayur, seksyen 19 - nama alatan menangkap ikan dan sebagainya.

nanti kita sambung lagi ...

2 comments:

remgold said...

hamba sokong!
kan cantik oi pasang orchid kat shah alam tu.
tapi kena jaga juga bro. baru ni kat orchard road spork depa letak banyak bunga dan pokok orchid utk hiasan xmas.
hampir semua kena kebas!

d'enricher said...

Hal kena kebas ni juga berlaku kat Shah Alam masa mula mula dulu. Agaknya sebab tu la dia orang tak nak letak orkid original.

Tapi ... kaki kebas ni memang ada kat mana2, kalau dapat tangkap mrk ni, kita kenakan dia komuniti service, kena tanam dan jaga okid kat Shah Alam selama 1 tahun.

Tapi, banyak lagi yang boleh dilaku kan selain dari letak sebagai perhiasan.