Secara tidak langsung, komen dari blog ini pada Oktober 2009 disini dan November disini mengenai tandas mendapat perhatian MBSA.
Mungkin bukan komennya dari membaca blog ini tapi isu yang diketengahkan.
Mungkin bukan komennya dari membaca blog ini tapi isu yang diketengahkan.
Berita Harian Jumaat, 18 Disember 2009
Shah Alam: sebanyak 97 lokasi tandas awam milik MBSA kini menjalani proses penggredan yang dinilai berdasarkan gred A,B,C,D bagi memastikan tahap kebersihan terpelihara. Orang ramai boleh mengetahui tahap kebersihan sesebuah tandas itu berdasarkan pelekat gred yang ditampal di pintu utama tandas.
Datuk Bandar Shah Alam, datuk Mazalan Md Noor, berkata tahap kebersihan tandas awam disekitar MBSA perlu dipertingkatkan dan untuk itu, kerjasama orang ramai amat diperlukan. Bagi memastikan setiap tandas awam yang sudah melalui proses penilaian dan penggredan mengekalkan piawaian, katanya, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan berkala.
Katanya, MBSA juga akan menaik taraf dan menambah bilangan tandas, selain memastikan kerja penyelenggaraan dilakukan terutama di sekitar tandas awam Tasik Shah Alam yang paling lama dibina iaitu sejak 25 tahun lalu dan tandas awam yang baru dibina di Tasik Kota Kemuning.
"Saya berharap semua pihak dapat menjaga tandas awam di bandar raya ini kerana mengikut sistem gred yang ada, kebanyakan tandas awam mendapat gred B dan tahap ini perlu diperbaiki," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Seminar Kesedaran Penggurusan Tandas Berkualiti kepada Kontraktor Penyelenggaraan tandas Awam MBSA di Wisma MBSA, kelmarin.
Seramai 120 peserta menghadiri seminar itu ke arah meningkatkan keceriaan dan kemudahan ruang tandas bagi keselesaan pengguna. Ketika ini, sebanyak 86 tandas memperoleh gred A, B-162, C-129 dan D-12.
***
Dari lapuran oleh Nor Hatina Shuib (bhnews@bharian.com.my) tersebut, 86 + 162 + 129 + 12 = 389 tandas. Maknanya dari 97 lokasi tandas awam MBSA, ada berapa tandas pada setiap lokasi, ataupun ada tandas tandas tersebut bukan milik MBSA!!!
Persoalannya ialah,
1. Bagaimana orang ramai boleh memberi kerjasama?
2. Berapa cepat pihak MBSA dapat bertindak apabila mendapat aduan dari orang ramai?
3. Apakah tindakan MBSA kepada tandas Gred B,C & D?
Persoalannya ialah,
1. Bagaimana orang ramai boleh memberi kerjasama?
2. Berapa cepat pihak MBSA dapat bertindak apabila mendapat aduan dari orang ramai?
3. Apakah tindakan MBSA kepada tandas Gred B,C & D?